Aku terpaksa tiup juga walaupun euwww....

Assalamualaikum semua

Tengah buat apa tu???? *tengah baca entry hang lah* hehehe...Okey terima kasih sebab baca entry ni.Thank you very very much lah.Hari ni nak cerita sikit pasal kenangan waktu dulu-dulu,waktu zaman sekolah rendah.Ceritanya bermula macam ni waktu sekolah rendah dulu,kitaorang kan belajar muzik.Setiap kali waktu muzik kita orang kena bawa rekorder.Tau tak rupa rekorder tu macam mana?Hah korang tak tau.Jap...jap...jap...



Ha,itulah ghupa rekorder nya.So,ada satu hari tu Feza tak bawa rekorder.Dan ada lah segelintir kawan-kawan Feza juga yang tak bawa.Nak tau apa nasib kitaorang yang tak bawa ni,tungga di entry yang seterusnya....Hehehe...tak ada lah gurau-gurau jerk.Nak tau tak nasib nya apa?Ce anguk sikit kepala

Kitaorang kena cubit dengan cikgu.Ini bukan sebarangan cubit okey,ni cubitan mauttttt...Kalau korang kena,memang terangkat-angkatlah macam ada sorang budak lelaki kelas aku,nama dia Nazirul kot.Alamak lupa sudah nama dia.Yelah dia kan dah pindah sekolah,lepas tu orang cakap dia dah berlagak.Apa-apa jelah.

Memang terangkat lah,kalau boleh nak cecah sampai ke atap bumbung bilik muzik tu,hehehe...ber hiperbola pulak.Lepas dah siap agenda cubit-cubitan tu,kita orang kena ucapkan terima kasih dekat cikgu tu dan perlu mengambil satu rekorder hak milik sekolah yang tak pernah dibasuh dan telah digunakan oleh ramai pelajar yang kita tau sama ada mulut orang tu bermasalah atau tidak.

Dugaan betul,tadi kena cubit sekarang kena tiup pulak rekorder tu.Oh no....tahan jelah.Dah lah waktu Feza tengah tiup rekorder tu,rekorder tu mengeluarkan bau yang busuk.Ni bukan sebab mulut Feza busuk okey,tapi rekorder tu yang berbau.Kawan baik Feza pun kena macam tu.Woo...rasa macam nak termuntah jerk,tapi sabar jelah.*Dalam otak dok pikir bila lah nak habis masa muzik ni*Jahat jerk.

Feza rasa sejak kejadian tu Feza tak pernah tinggal rekorder kot.Rasa nya lah.Okey itu cerita pertama,cerita kedua berkaitan dengan rekorder juga.Nak tau tak? Kalau nak teruskan pembacaan korang,kalau tak nak,korang baca esok pun boleh...

Cerita nya macam ni,waktu tu darjah berapa tah,kelas Feza kena buat performance meniup rekorder waktu perhimpunan sekolah.Ha mau tak mau kita orang satu kelas kena buat juga.Nak tau sedap ke tidak?Hurm semua nya main macam Mr/Mrs SS (Syok Sendiri).Bunyi nya tak seragam langsung.Dah bunyi macam langau pun ada.

Feza tak tau lah telinga dia orang semua ni sakit tak bila dengar Feza dan kawan lain main rekorder.Bila di ingat kan balik kenangan dulu rasa macam nak balik ke zaman tu jerk.Rindu lah dengan cikgu-cikgu dan rakan-rakan waktu darjah 2,3,4,5,dan 6 terbilang.Semua dah bawa haluan masing-masing kan.Bila lah nak buat reunion kan.

Korang juga mempunyai kenangan yang manis kan.Okey lah cukup setakat ni.Thanks bagi yang sudi baca entry ni sampai habis.Sebelum tu tengok video di bawah ni tau.Kalau tak nak pun tak pe.Tak marah pun


P/s: Jangan terkejut bila ada nama admin tu sentiasa bertukar
kerana blog ni akan diupdate oleh 6 orang Gadis Coklat

Biarlah gambar yang menceritakan segala-segalanya














P/s: Semoga persahabatan ini akan kekal terjalin walaupun kita berjauhan

Dapat banyak ang pau ma....Suka gila ($_$)

Assalamualaikum semua

Hambuih...dah berkurun dah,blog ni tak diupdate.Agak-agak ada orang yang sudi lagi tak datang tengok blog ni.Hurm...Sorry ya sebab tak update blog ni.Almaklum lah tahun ni kan saya calon PMR.So,kena kurangkan aktiviti berbloging ni.Fokus pada buku.

Okeylah,sekarang ni dah mula cuti raya cina.Best nya.Tambah-tambah pulak tu,dapat ang pau manyak gila.Cikgu yang bagi.Hehehe...Baik ke tidak cikgu kitaorang ni.Eh eh macam mana aku dapat ang pau banyak dari cikgu ni,aku tak bodek/minta pun tau.Cikgu yang bagi dengan ikhlas + tulus

Dah lah,malas aku nak tipu korang lagi.Sampai berkerut dahi korang semua ni.Dah jangan nak kerut kan muka comel korang tu.Sebenarnya ang pau yang aku maksud kan dalam entry ni sebenarnya ialah

"HOMEWORK"



Ada sesetengah daripada korang ni dapat ang pau dari cikgu kan.Hurm...cuti seminggu tapi homework macam 4 minggu 4 hari 4 jam 4 minit 4 saat nak siap.Kelas kau Maria...Semua nak nombor 4.Tapi ni semua untuk masa depan aku juga.Dan korang yang ada homework tu.Kesimpulannya buat lah homework korang jika nak berjaya dan bersusah susah dahulu,bersenang-senang kemudian




Sebelum terlupa SELAMAT TAHUN BARU CINA bagi sesiapa yang menyambutnya terutama sekali kawan saya Ang Wee Ying dan SELAMAT BERCUTI BERSAMA  HOMEWORK DISISI ANDA SEMUA : ) bagi yang ada homework lah.


 




P/S:Maaf bagi penggunaan kata 'AKU',selalunya guna saya

Baru

Asalamualaikum semua

Okey sebelum tu nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua orang yang membaca entry ni.Saya berharap tahun 2012 ni lebih baik daripada tahun-tahun lepas dan banyak meninggalkan kenangan manis.Erm..takut pulak bila dah masuk tahun 2012 ni.

Kenapa takut?Sebab nya tahun ni umur saya dah jadi 25 tahun 15 tahun.Wooo makin meningkat umur aku,makin tua aku.Tapi..tapi...kalau umur 15 tahun,apa akan terjadi.Cuba korang fikir.*Lu fikir lah sendiri *

Hurm...kalau tahun baru mesti ada azam baru,semangat baru.Kalau boleh semua lah nak baru kan.Macam tuan blog ni.Hehehe...Kalau boleh blog ni pun nak tukar wajah baru.Tapi malang saya dapat ubah sikit jerk wajah nya.Nak tau apa?





Transformers bertukar menjadi





Nampak tak apa yang berubah?Itu jerk yang sempat diubah.Okeylah sampai sini sahaja entry kali ni.Sehingga berjumpa lagi...Oh...sebelum terlupa,SELAMAT MENJALANI HARI PERSEKOLAHAN 2012.

P/S: Mungkin tahun 2012 ni,blog akan jarang diupdate