Dapat banyak ang pau ma....Suka gila ($_$)

Assalamualaikum semua

Hambuih...dah berkurun dah,blog ni tak diupdate.Agak-agak ada orang yang sudi lagi tak datang tengok blog ni.Hurm...Sorry ya sebab tak update blog ni.Almaklum lah tahun ni kan saya calon PMR.So,kena kurangkan aktiviti berbloging ni.Fokus pada buku.

Okeylah,sekarang ni dah mula cuti raya cina.Best nya.Tambah-tambah pulak tu,dapat ang pau manyak gila.Cikgu yang bagi.Hehehe...Baik ke tidak cikgu kitaorang ni.Eh eh macam mana aku dapat ang pau banyak dari cikgu ni,aku tak bodek/minta pun tau.Cikgu yang bagi dengan ikhlas + tulus

Dah lah,malas aku nak tipu korang lagi.Sampai berkerut dahi korang semua ni.Dah jangan nak kerut kan muka comel korang tu.Sebenarnya ang pau yang aku maksud kan dalam entry ni sebenarnya ialah

"HOMEWORK"



Ada sesetengah daripada korang ni dapat ang pau dari cikgu kan.Hurm...cuti seminggu tapi homework macam 4 minggu 4 hari 4 jam 4 minit 4 saat nak siap.Kelas kau Maria...Semua nak nombor 4.Tapi ni semua untuk masa depan aku juga.Dan korang yang ada homework tu.Kesimpulannya buat lah homework korang jika nak berjaya dan bersusah susah dahulu,bersenang-senang kemudian




Sebelum terlupa SELAMAT TAHUN BARU CINA bagi sesiapa yang menyambutnya terutama sekali kawan saya Ang Wee Ying dan SELAMAT BERCUTI BERSAMA  HOMEWORK DISISI ANDA SEMUA : ) bagi yang ada homework lah.


 




P/S:Maaf bagi penggunaan kata 'AKU',selalunya guna saya

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini
Kalau satu pun jadilah..Hehehe...