Aku terpaksa tiup juga walaupun euwww....

Assalamualaikum semua

Tengah buat apa tu???? *tengah baca entry hang lah* hehehe...Okey terima kasih sebab baca entry ni.Thank you very very much lah.Hari ni nak cerita sikit pasal kenangan waktu dulu-dulu,waktu zaman sekolah rendah.Ceritanya bermula macam ni waktu sekolah rendah dulu,kitaorang kan belajar muzik.Setiap kali waktu muzik kita orang kena bawa rekorder.Tau tak rupa rekorder tu macam mana?Hah korang tak tau.Jap...jap...jap...



Ha,itulah ghupa rekorder nya.So,ada satu hari tu Feza tak bawa rekorder.Dan ada lah segelintir kawan-kawan Feza juga yang tak bawa.Nak tau apa nasib kitaorang yang tak bawa ni,tungga di entry yang seterusnya....Hehehe...tak ada lah gurau-gurau jerk.Nak tau tak nasib nya apa?Ce anguk sikit kepala

Kitaorang kena cubit dengan cikgu.Ini bukan sebarangan cubit okey,ni cubitan mauttttt...Kalau korang kena,memang terangkat-angkatlah macam ada sorang budak lelaki kelas aku,nama dia Nazirul kot.Alamak lupa sudah nama dia.Yelah dia kan dah pindah sekolah,lepas tu orang cakap dia dah berlagak.Apa-apa jelah.

Memang terangkat lah,kalau boleh nak cecah sampai ke atap bumbung bilik muzik tu,hehehe...ber hiperbola pulak.Lepas dah siap agenda cubit-cubitan tu,kita orang kena ucapkan terima kasih dekat cikgu tu dan perlu mengambil satu rekorder hak milik sekolah yang tak pernah dibasuh dan telah digunakan oleh ramai pelajar yang kita tau sama ada mulut orang tu bermasalah atau tidak.

Dugaan betul,tadi kena cubit sekarang kena tiup pulak rekorder tu.Oh no....tahan jelah.Dah lah waktu Feza tengah tiup rekorder tu,rekorder tu mengeluarkan bau yang busuk.Ni bukan sebab mulut Feza busuk okey,tapi rekorder tu yang berbau.Kawan baik Feza pun kena macam tu.Woo...rasa macam nak termuntah jerk,tapi sabar jelah.*Dalam otak dok pikir bila lah nak habis masa muzik ni*Jahat jerk.

Feza rasa sejak kejadian tu Feza tak pernah tinggal rekorder kot.Rasa nya lah.Okey itu cerita pertama,cerita kedua berkaitan dengan rekorder juga.Nak tau tak? Kalau nak teruskan pembacaan korang,kalau tak nak,korang baca esok pun boleh...

Cerita nya macam ni,waktu tu darjah berapa tah,kelas Feza kena buat performance meniup rekorder waktu perhimpunan sekolah.Ha mau tak mau kita orang satu kelas kena buat juga.Nak tau sedap ke tidak?Hurm semua nya main macam Mr/Mrs SS (Syok Sendiri).Bunyi nya tak seragam langsung.Dah bunyi macam langau pun ada.

Feza tak tau lah telinga dia orang semua ni sakit tak bila dengar Feza dan kawan lain main rekorder.Bila di ingat kan balik kenangan dulu rasa macam nak balik ke zaman tu jerk.Rindu lah dengan cikgu-cikgu dan rakan-rakan waktu darjah 2,3,4,5,dan 6 terbilang.Semua dah bawa haluan masing-masing kan.Bila lah nak buat reunion kan.

Korang juga mempunyai kenangan yang manis kan.Okey lah cukup setakat ni.Thanks bagi yang sudi baca entry ni sampai habis.Sebelum tu tengok video di bawah ni tau.Kalau tak nak pun tak pe.Tak marah pun


P/s: Jangan terkejut bila ada nama admin tu sentiasa bertukar
kerana blog ni akan diupdate oleh 6 orang Gadis Coklat

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda disini
Kalau satu pun jadilah..Hehehe...