Kami bersama

Assalamualaikum....

Bunyi hujan dikala malam ini memecah kesunyian di kamar ku.Aku berasa sangat indah pabila hujan turun.Apalah tuan blog ni bermadah pulak kan.Okey tah betul tah tak ayat yang saya reka tu.Kalau orang sastera baca,mampuih aku kena boo.Stop merepek...Hari ni kan korang kan,aku tak tau nak buat apa lah lepas tu kan,tiba-tiba kan dapat satu idea kan (huish berapa banyak kan lah yang nak ditulis)

Nak tau tak idea nya apa?Kalau nak angguk sikit.Angguk sekali jerk tak payah banyak-banyak,ada faham?Idea nya ialah mengedit + menghancurkan gambar-gambar yang berada dalam PC.Hehe...Sesiapa yang jadi kawan aku memang sadis lah korang.Nak tau tak sebab apa?Sebab nya gambar korang lah yang akan aku hancurkan

Jadi moral valuenya jangan kawan dengan aku.Ceh tak de lah,main-main jerk,kalau korang tak nak kawan dengan kita sape nak kawan dengan kita.Korang nak ke kalau kita ni jadi gila,mesti tak nak kan (cepat cakap tak nak,kalau tidak kita datang rumah awak,malam ni juga,awak tunggu)Dah lah asyik membebel jerk kan tuan blog ni,jom cuci mata korang dengan gambar-gambar model yang tak berbayar ni

Korang nak tengok tak gambarnya,kalau nak sila scroll ke bawah,kalau tak nak boleh get out dari sini.Faham tak get out?Oh atau korang tak jumpa jalan keluar,tu ha kat atas belah kanan korang ada tanda X.Eh asal emo sangat ni,Hehehe tu gimik jelah untuk memanjangkan entry kali ni (sorry bagi yang terasa)

alamak jadi budak nerd,hehehe


Semua bertopi + pakai spec


Frenz Forever n Ever


Argh..TIDAK kami dalam bebola


No komen...


Promote buku,(ada ciri-ciri jadi duta novel tak?)



Okey,dahlah sampai siti situ jerk gambar yang nak diupload,malas nak upload banyak-banyak nanti karang ada orang muntah biru pulak bila tengok gambar kitaorang ni.Apapon terima kasih ya kepada model-model di atas kerana dapat merealisasikan impian saya untuk mengedit gambar korang.

P/s:Tetiba teringat pasal kerja sekolah yang tak siap lagi

Cinderella...la..la..

Assalamualaikum semua

Ish..ish...dahsyat gila tuan blog ni sebab dah lama tak update,sampai dah bersawang + berhabuk.Okey kejap-kejap nak bersih kan sawang tu.Dah hilang pon.Erm,korang rindu tak nak baca coretan dekat blog ni?Cepat cakap korang rindu!!!Kalau tidak malam ni akan ada orang  datang ketuk tingkap kat bilik korang. Hehehee,gurau-gurau jerk.Okey dah cukup sesi merepek makan kerepek.

Back to the tittle,CINDERELLA..(alamak asal tetiba cakap omputeh ni,hehehe) Okey pernah tak korang dulu-dulu atau sekarang ni kan berangan pasal korang nak jadi cinderella..la..la..Pernah tak???Kalau tak pernah bohonglah melainkan anda seorang lelaki.Tak kan lah lelaki nak berangan jadi cinderella kan.Betul tak?Kalau betul angguk kan kepala korang

Cuba korang bayangkan,korang sekarang ni jadi seorang cinderella yang jelita dan disukai oleh orang ramai.Lepas tu,sedang korang bermain-main di taman bunga datang pula seorang lelaki yang kacak lagi bergaya.Dia datang menghampiri anda dan dia mengajak anda untuk berbual bersama-sama sambil berjalan-jalan.Tetiba dia memetik sekuntum bunga mawar lalu memberikan kepada korang sambil berkata sudi tak awak jadi bunga di hati saya

TAMAT.Kalau korang kreatif kembangkan lah jalan cerita di atas,tuan blog ni malas nak kembangkan nanti karang cerita tu jadi mengarut pulak.Best kan jadi cinderella,dah lah cantik lepas tu ramai orang suka dan lepas tu nak nak cinderella tu dapat lelaki kacak macam ni


Dia senyum kat aku lah


Bunga tu dia nak bagi kat korang tu


 Hahaha...


 Aku nak gitar dia


Bestkan jadi cinderella,tapi tu semua fantasi boleh ke terjadi kat dunia yang realiti macam ni.Hurm.. hanya tinggal angan-angan jerk kan.Apa lagi eak nak tulis,arghhh idea dah tak ada.Okeylah anda-anda semua,terima kasih sebab sudi masuk ke alam fantasi yang direka oleh saya tadi.Jangan serik ya datang ke blog ni.Hehehe..




P/s:Amacam cair seperti cecair tak tengok muka mamat tu

Novel

Assalamualaikum semua

Erm...Lagi beberapa hari lagi jerk,nak sekolah..Lepas tu cuti panjang.Yeaaa,tak sabar nak tunggu saat tu.Hehehe...Okey lah hari ni nak kongsikan pasal fenomena membaca novel di kalangan Gadis-Gadis Coklat..Bagus kan kitorang ni,baca buku *Ceh...berlagak pulak budak ni,nak baca-baca lah..tak payah nak cakap dengan orang*Hehehe...Tapi kan,kalau dulu kumpulan Gadis Coklat ni dok pot pet pot pet jerk bila cikgu tak ada,macam tak ada kerja nak buat pulak*Padahal kerja sekolah bertimbun macam gunung*

Tapi tu dulu,sekarang dah berubah...Dah tak ada lagi suara-suara merdu kitaorang ni dekat dalam kelas 2 K.R.K...Semua khusyuk  membaca novel jerk...Okey lah hari ni nak cerita pasal novel yang telah Feza baca.Kalau nak tahu tajuk nya sila scroll ke bawah...




Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh kepalsuan


Cerita ni memang sedih + best sangat...Novel ni bukan hak milik Feza tapi kawan Feza iaitu Tasha...Pandai kau pilih novel and nak ucap terima kasih sebab bagi pinjam novel tu kat aku...Hehehe...Kalau korang nak tahu cerita dia macam mana,korang semua boleh pergi ke kedai buku yang berhampiran pas tu korang beli lah satu

Ada lagi 1 novel yang Feza nak kongsikan.Novel ni pun best gila...Ni pun bukan hak milik Feza tapi hak milik kawan Feza.Feza ni sebenarnya tak ada satu pun novel,novel-novel yang Feza ceritakan semua ni,semua novel kawan.



Cerita ni sangat-sangat best,memang boleh layan lah....Jalan cerita dia memang menarik...Terbaik lah penulis buku ni...Hurm apa lagi nak tulis ya??????Rasanya sampai sini shaja coretan hari ini dah kering idea dibuat nya...Jumpa lagi di entry akan datang....

P/s: Isnin ni kena gabung kelas,benci nya..mesti bising...